Salam Sejahtera kepada semua ahli PUSPANITA JPK dan CIAST,
Umum sedia maklum, bengkel jahitan manik tambur akan diadakan di
Bilik Wawasan, JPK pada 25 April 2014, jam 9.00 pagi dengan yuran sebanyak RM30.00. Namun
begitu, kos jahitan manik ini telah dikurangkan sebanyak RM15.00 yang mana jarum untuk
menjahit dipinjamkan kepada peserta bengkel pada hari tersebut. Segala bayaran perlu dijelaskan semasa menghadiri bengkel ini.
Pada masa yang sama, tempahan baju perempuan (kurung, kebarung, moden dan pahang) turut diambil dengan kos seperti berikut:
a)
Baju Kurung: RM40
b)
Baju Kurung Moden: RM50
c)
Baju Kebarung: RM50
d)
Baju Pahang: RM50
Jangan
lepas peluang untuk belajar manik ini yang juga dapat menambahkan
pendapatan / sosio ekonomi puan kelak. Sijil turut disediakan. Sampel
untuk
jahitan manik tambur adalah seperti dilampirkan.
Sekian, terima kasih.
Khuzainey binti Ismail
AJK Biro Sosial, JPK
No comments:
Post a Comment