Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Demo Roti Sihat




Salam sejahtera warga PUSPANITA CIAST sekalian,

Untuk makluman, Biro Kebajikan dan Modal Insan PUSPANITA akan menganjurkan Demo Roti Sihat pada 3 April 2015 (Jumaat) jam 11.00 pagi di Bilik Gerakan PUSPANITA.  
Oleh yang demikian, kepada warga PUSPANITA yang berminat untuk menyertai demo ini, mohon kerjasama untuk memberi nama kepada Pn. Norhayati binti Hj. Othman (8207) selewat-lewatnya 31 Mac 2015 (Selasa).

Sekian, terima kasih.



Sekitar Majlis Women's Day Out 4 Mac 2015


Pemenang Tagline - Pn. Norhayati Yahaya 










Ceramah Personaliti Terbilang Wanita Cemerlang






Jom Sihat Bersama





Ceramah Agama : Malam Pertama di Alam Barzah





Tuesday, March 3, 2015

Ceramah Agama Tahsin Al Fatihah




Biro Kebajikan dan Modal Insan PUSPANITA CIAST akan menganjurkan satu Ceramah Agama Tahsin Al-Fatihah yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

            Tarikh : 6 Mac 2015 (Jumaat)
            Masa : 12.30 tengah hari (solat zohor berjemaah)
            Tempat : Surau CIAST

            Butiran Penceramah : 
Ustazah Wan Siti Nur Syahidah binti Ramli
Ijazah Sarjana Muda Takhassus Al-Quran Wal Qiraat 
(Freelance Guru Al-Quran - Tauliah JAIS)
                    

Thursday, November 6, 2014

Perkongsian Ilmu : Tidak Ada Kehidupan Tanpa Masalah


Salam sejahtera sahabat-sahabat PUSPANITA sekalian,

Untuk makluman, satu sesi perkongsian ilmu berkenaan 'Tidak Ada Kehidupan Tanpa Masalah' akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

          Tarikh                    : 26 November 2014 (Rabu)
          Masa                       : 9.00 pagi – 11.00 pagi
          Tempat                  : Bilik Mesyuarat Gemilang
          Jumlah Peserta  : 25-30 orang

Sesiapa yang berminat untuk menyertai sesi perkongsian ilmu ini bolehlah memberi nama kepada Pn. Norhayati binti Hj. Othman (8207).






Monday, April 14, 2014

Promosi Bengkel Manik Tambur Anjuran Biro Sosial PUSPANITA JPK






Salam Sejahtera kepada semua ahli PUSPANITA JPK dan CIAST,

Umum sedia maklum, bengkel jahitan manik tambur akan diadakan di Bilik Wawasan, JPK pada 25 April 2014, jam 9.00 pagi dengan yuran sebanyak RM30.00. Namun begitu, kos jahitan manik ini telah dikurangkan sebanyak RM15.00 yang mana jarum untuk menjahit dipinjamkan kepada peserta bengkel pada hari tersebut. Segala bayaran perlu dijelaskan semasa menghadiri bengkel ini.

Pada masa yang sama, tempahan baju perempuan (kurung, kebarung, moden dan pahang) turut diambil dengan kos seperti berikut:
a)   Baju Kurung: RM40
b)   Baju Kurung Moden: RM50
c)   Baju Kebarung: RM50
d)   Baju Pahang: RM50

Jangan lepas peluang untuk belajar manik ini yang juga dapat menambahkan pendapatan / sosio ekonomi puan kelak. Sijil turut disediakan. Sampel untuk jahitan manik tambur adalah seperti dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Khuzainey binti Ismail
AJK Biro Sosial, JPK


 
 
 
 


%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));