Showing posts with label Biro Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Biro Kebajikan. Show all posts
Sunday, August 4, 2013
Thursday, August 1, 2013
Wednesday, July 17, 2013
Sumbangan Duit Raya 2013 dari PUSPANITA CIAST
Biro Kebajikan Puspanita CIAST sedang dalam usaha untuk mendapatkan pencalonan penerima sumbangan duit raya untuk warga Puspanita CIAST yang berkelayakan sempena menjelang sambutan aidilfitri pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, kerjasama puan-puan dimohon untuk menyalurkan maklumat ringkas seperti berikut kepada Pn. Molinda :
i) Pendapatan (gaji pokok + elaun tetap ) seisi rumah bagi suami dan isteri yang tidak melebihi RM 5000.00 sebulan
ii) Bilangan tanggungan dalam keluarga
iii) Status
Thursday, June 27, 2013
Lawatan Mahabbah & Penyampaian Sumbangan kpd Warga Emas di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong Selangor
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di
antara ahli PUSPANITA CIAST dengan petugas dan Warga Emas di Rumah ini di
samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan warga Puspanita CIAST serta
dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada Warga Emas bersempena bulan
Ramadhan yang bakal menjelang dan mereka akan merasa dihargai dan diingati
apabila adanya program lawatan sebegini. Ianya juga dapat mendidik dan
mendekatkan lagi ahli PUSPANITA CIAST dengan masyarakat luar di mana ianya
berperanan dan dianggap sebagai memenuhi tanggungjawab sosial.
Tuesday, June 25, 2013
Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong
Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong bersempena kedatangan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak akan dijalankan seperti butiran berikut :
Tempat : Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong
Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Terhad kepada 20 ahli sahaja.
SUMBANGAN BERUPA WANG RINGGIT & SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN ADALAH SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN daripada semua warga CIAST.
Sumbangan barang seperti lampin pakai buang, ubat-ubatan, vitamin, susu, selimut tuala muka, stokin & keperluan harian berupa beras, gula, biskut, air minuman dan lain-lain perlu dihantar ke Bilik Gerakan Puspanita pada 25 dan 26 Jun 2013 pada pukul 3 ptg.
Pegawai untuk dihubungi ialah Biro Kebajikan Puspanita CIAST iaitu Pn Hamimah bte Mamat (SPD) atau Pn. Sharida bte Mohd. Sharif (PPL).
Semoga kerjasama tuan/puan dalam menjayakan aktiviti murni mendapat keberkatan dan keredhaan Allah jua hendaknya. Sekian, terima kasih.
Friday, March 8, 2013
Wednesday, March 6, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));




































