Dengan hormatnya emel dari PUSPANITA Caw. NIOSH (Biro Pendidikan) pada 14 April 2014 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa
Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) 2013 merupakan salah satu
acara tahunan yang dianjurkan bagi meraikan anak-anak PUSPANITA Cawangan
KSM yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
STPM. Anugerah ini di adakan bagi memberi semangat
dan meningkatkan motivasi kepada anak-anak ahli untuk belajar ke
peringkat yang lebih tinggi seiring dengan hasrat negara bagi melahirkan
rakyat berpendidikan tinggi.
3.
Penerima anugerah ini adalah khusus kepada semua anak-anak ahli
PUSPANITA Cawangan KSM yang memperolehi keputusan peperiksaan seperti
berikut:-
a) UPSR - Minimum 4A
b) PMR - Minimum 6A
c) SPM - Minimum 7A
d) STPM - Minimum 3 Prinsipal B
4. Sehubungan dengan itu, bagi
ahli PUSPANITA Cawangan JPK/CIAST yang mempunyai anak-anak yang
memperolehi keputusan seperti yang dinyatakan di atas dan memenuhi
syarat pemilihan, adalah dialu-alukan untuk mengisi dan mengemukakan
borang yang dilampirkan selewat-lewatnya 23 Mei 2014 kepada:
Zaidah binti Rakon
Penolong Kanan Pengarah, Bahagian MOSQ,
Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D,
62530 Putrajaya.
Tel. : 03- 8886 2350
Faks : 03- 8889 2430
emel : zaidah@mohr.gov.my
No comments:
Post a Comment