Thursday, April 2, 2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014


Adalah dimaklumkan PUSPANITA KSM akan mengadakan satu majlis bagi memberi penghargaan kepada anak-anak ahli PUSPANITA di bawah KSM yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM. Anugerah ini diadakan bagi memberi semangat dan meningkatkan motivasi kepada anak-anak ahli untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan hasrat negara bagi melahirkan rakyat pendidikan tinggi.

Anak ahli yang layak untuk dipertimbangkan dan memohon anugerah ini adalah yang memperoleh keputusan peperiksaan 2014 minimum seperti di bawah:

                1. UPSR – Minimum 4A
                2. PT3 – Minimum 6A
                3. SPM – Minimum 7A
                4. STPM – Minimum 3 Prinsipal B

Majlis ini dicadangkan akan dilaksanakan pada bulan Mei 2015 (tarikh sebenar akan dimaklumkan).

Sehubungan itu, bagi anak ahli yang layak menerima anugerah ini, mohon kerjasama untuk melengkapkan borang yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Pn. Zaidah bt Rakon  (Tel. : 03- 8886 2350      Faks :  03- 8889 2430    emel : zaidah@mohr.gov.my)

atau Puan Shadatuljumai bt. Arif Shah (JPK Cyberjaya) pada atau selewatnya pada 8 April 2015  Jam 3.00 petang untuk tindakan selanjutnya.

Permohonan hanya boleh dibuat oleh pegawai/kakitangan wanita yang bertugas di KSM/Jabatan di bawah KSM, yang telah menjadi ahli Puspanita (telah mengisi dengan lengkap Borang yang ditetapkan dan telah didaftarkan), iaitu -

(i)  bagi mereka yang menjadi ahli sebelum 21 Oktober 2014, telah menjelaskan segala yuran kemasukan serta yuran tahunan sekurang-kurangnya untuk tempoh selama 2 tahun, atau

(ii) bagi mereka yang menjadi ahli selepas 21 Oktober 2014, telah menghadiri sekurang-kurangnya 1 program di peringkat Puspanita Kebangsaan dan 2 program di peringkat Puspanita Cawangan Kementerian Sumber Manusia.
 
Sekian, Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));