Wednesday, July 31, 2013

Sekitar Bengkel Solekan Asas, 14 Jun 2013



Wah!!!! Pn.Kahma kelihatan berbeza dengan tampil lebih anggun dan ayu selepas ditatarias .. Hasil sentuhan demonstrator jemputan Pn.Khuzaida yang juga merupakan ahli PUSPANITA CIAST.. 


Boleh masuk pertandingan Dewi Nona nie :)

Terima kasih kepada Pn.Khuzaida kerana berkongsi tips kecantikan dan teknik solekan asas. Sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat kepakaran/solekan beliau boleh hubungi beliau melalui PUSPANITA CIAST :)


BENGKEL SOLEKAN ASAS
HARI/TARIKH : 14 Jun 2013 (Jumaat)
MASA      : 3.00 - 5.00 petang
TEMPAT   : Bilik Gerakan PUSPANITA CIAST




Tuesday, July 23, 2013

Renungan Ramadhan - Pokok dan Mancis


Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA dan siapa kawan kita sebenarnya.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai . 



Wednesday, July 17, 2013

Sumbangan Duit Raya 2013 dari PUSPANITA CIAST


Biro Kebajikan Puspanita CIAST sedang dalam usaha untuk mendapatkan pencalonan penerima sumbangan duit raya untuk warga Puspanita CIAST yang berkelayakan sempena menjelang sambutan aidilfitri pada tahun ini.

Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, kerjasama puan-puan dimohon untuk menyalurkan maklumat ringkas seperti berikut kepada Pn. Molinda :

i) Pendapatan (gaji pokok + elaun tetap ) seisi rumah bagi suami dan isteri yang tidak melebihi RM 5000.00 sebulan
ii) Bilangan tanggungan dalam keluarga
iii) Status

Maklumat yang disalurkan adalah "SULIT". Biro Kebajikan Puspanita CIAST ingin membantu puan-puan dalam merealisasikan program DUIT RAYA ini. Harap maklum



Perkongsian Ilmu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rakan-rakan PUSPANITA CIAST yang dikasihi,

Harapan sepanjang zaman.
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab”
Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin.
Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:

…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran...” (Surah al-Qamar, ayat: 13)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya. Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.

Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak.
Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.

Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:
  • Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.
  • Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
  • Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
  • Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.
  • IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.
  • Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
  • Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan seperti yang dilakukan oleh pihak Nuri.
Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran. Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya.

Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.

Sekian dulu perkongsian dari saya,

Hamimah binti Mamat
Biro Kebajikan PUSPANITA
CIAST Shah Alam
http://www.ciast.gov.my



Jualan Puspanita Kembali Lagi !!!

  



Warga Puspanita CIAST sekalian.. 

Jualan PUSPANITA Kembali lagi!!

Jualan PUSPANITA Sempena Sambutan Ramadhan dan Aidilfitri anjuran Biro Ekonomi PUSPANITA CIAST

Tarikh Jualan : 18, 25 & 31 Julai 2013.
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Ruang rehat bersebelahan kafeteria CIAST

Ahli PUSPANITA CIAST yang berhasrat untuk menjual sebarang produk, sila maklumkan produk jualan anda kepada K. Biro Ekonomi - Pn.Rozita Ismail. 
Anda boleh menghantar produk jualan anda ke meja jualan pada hari yang dimaksudkan.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"






Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadan 1434H



Selamat menjalani ibadah puasa dari Puspanita CIAST 
Wish you a blessed Ramadan Kareem ^^



%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));