Sunday, September 22, 2013

Gerai Jualan PUSPANITA di Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2013




Temui kami di Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2013 bertempat di MAEPS Serdang, Selangor dari 26 hingga 29 September 2013 (Khamis hingga Ahad) bermula jam 10 pagi hingga 5 petang @ DG No. 15



Wednesday, September 18, 2013

Gerai Jualan di Tapak KEKK 2013


Puspanita CIAST akan  mengadakan gerai jualan di tapak KEKK 2013 MAEPS pada 26 hingga 29 September 2013. Ahli yang berminat untuk menjual sebarang item/produk hendaklah berhubung dengan Pn Rozita Ismail (Biro ekonomi)
atau Pn. Nor Azian atau Pn. Ramaizai atau Pn. Rosni Kamarudin atau terus kepada Timbalan Pengerusi PUSPANITA .

1. Semua item akan dikenakan komisen sebanyak 5%.
2. Barangan yang hendak dijual hendaklah ditag sebelum diletakkan di tempat jualan.

PUSPANITA CIAST juga memerlukan khidmat ahli yang tidak terlibat dengan KEKK untuk bertugas di tapak jualan itu nanti.
Sehubungan itu, ahli PUSPANITA yang tidak terlibat sebagai AJK KEKK, mohon hubungi Pn.Rozita Ismail dengan kadar segera selewat-lewatnya 23 Sept. 2013 (Isnin) beserta no hp untuk sama-sama bertugas di gerai PUSPANITA CIAST bagi menjana ekonomi PUSPANITA. Biro Ekonomi akan membuat jadual bertugas dan akan dimaklumkan kepada puan-puan nanti.  Pengangkutan disediakan untuk ahli yang bertugas pada hari berkenaan.   






Program Ceramah Mengenai 'Pembahagian Harta Pusaka dan Harta Sepencarian' Anjuran Jawatankuasa Biro Kepenggunaan dan Perundangan (PERKESO) PUSPANITA Cawangan KSM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa PUSPANITA KSM di bawah Jawatankuasa Biro Kepenggunaan dan Perundangan (PERKESO) akan mengadakan ceramah 'Pembahagian Harta Pusaka dan Harta Sepencarian' yang akan disampaikan oleh Ustaz Md. Ghazali bin Ibrahim daripada Mustread Sdn. Bhd. seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 September 2013 (Isnin)
Masa : 1.15 tengah hari - 4.15 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 1, Blok D3, KSM, Putrajaya

Penyertaan dibuka kepada 15 orang sahaja dengan bayaran sebanyak RM3.00 untuk ahli dan RM5.00 untuk bukan ahli . Kepada sesiapa yang berminat, mohon maklumkan kepada Pn. Shadatuljumai selewat-lewatnya esok (19 September 2013) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


SHADATULJUMAI BINTI ARIF SHAH
Setiausaha Pejabat Bahagian MOSQ
Tel. : 03-8886 5450
Fax : 03-8889 2430
E-mel : shadatul@mohr.gov.my



 
%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));