Showing posts with label Biro Publisiti. Show all posts
Showing posts with label Biro Publisiti. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Jana Ekonomi Bersama Puspanita :)

Ahli Puspanita yang ada menjalankan perniagaan sama ada secara kecil-kecilan hinggalah ke tahap yang orang kata dah establish, anda dipelawa untuk mempromosikan produk jualan anda di page ini.  Promosi ini berlangsung secara percuma.. tiada bayaran dikenakan :)

Mari!!! Mari!!! Mari!!!

Bagaimana caranya???
Hubungi Biro Publisiti, Pn. Roslin di talian 03-55438234 atau emelkan terus ke dreamchaser.ms@gmail.com butiran produk jualan anda seperti : Nama produk, spesifikasi produk, harga jualan dan sertakan sekali gambar-gambar menarik produk tersebut. 

Jika anda ada blogshop atau website sendiri  yang menyediakan maklumat produk jualan anda lagi cantik jika ianya dikongsikan di sini. Sebagai simbol galakan kepada ahli Puspanita dalam menjana ekonomi keluarga, suka kami kongsikan beberapa blogshop ahli Puspanita yang mungkin dapat menyediakan pilihan menarik produk impian/keperluan anda :)





Produk Kesihatan Shaklee by Antasya.Helmi


Hijab Box


Anida Collection


Cantiknyeawak.blogspot.com


Hasna Home Made Cookies


Ya Hanana Butik Muslimah Anggun


chicmuslimah-attire.blogspot.com

Kek Lapis & Kek Kukus by Antasya.Helmi

Kek Lapis Sarawak by Unmistakeable Memories



Friday, March 1, 2013

Medium Komunikasi Warga Puspanita CIAST

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
Salam Sejahtera,
Salam Kegemilangan,
Salam 1Malaysia,
Salam 1Puspanita CIAST,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, Puspanita CIAST telah dapat membangunkan :

1.  Laman Blog Puspanita CIAST - http://wargapuspanita.blogspot.com
2. Laman Facebook Puspanita CIAST (Closed Group)- http://www.facebook.com/groups/puspanitaciast
3. Email Group Puspanita CIAST - puspanita@ciast.gov.my
4. WhatsApp Group Puspanita CIAST 



Ucapan tahniah dan syabas serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga Puspanita CIAST serta semua pihak  yang telah membantu dalam membangunkan sumber di atas.

Dalam era globalisasi serta kecanggihan teknologi maklumat, Puspanita CIAST perlu bergerak seiring dengan perkembangan dan kemajuan dunia Teknologi Maklumat melalui penggunaan saluran internet untuk mendapatkan maklumat serta berita terkini mengenai dunia wanita.  Melalui saluran ini pelbagai episod wanita dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh AJK, ahli dan pengunjung-pengunjung justeru akan meningkatkan perkembangan minda serta memperkayakan informasi masing-masing seterusnya melahirkan wanita yang berfikiran matang serta berinformatif.

Diharapkan dengan wujudnya semua sumber  ini,  AJK  dan semua ahli Puspanita CIAST akan saling memberikan sumbangan idea, pandangan serta pengalaman agar dapat dikongsi bersama-sama demi mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan masing-masing disamping memantapkan lagi kandungan dalam sumber ini.  Jadikanlah ianya sebuah gerbang dan wadah untuk ahli berkongsi pengalaman dan pengetahuan demi kecemerlangan diri/keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Semoga maklumat dan berita yang dipaparkan melalui semua sumber ini dapat dimanfaatkan oleh semua ahli disamping mengeratkan jalinan hubungan sesama kita. Diharapkan juga kita saling memainkan peranan masing-masing dalam menyumbang ke arah pembangunan diri/keluarga, masyarakat dan Negara menepati slogan PUSPANITA iaitu “Wanita Sepakat, Negara Meningkat”.

Kepada pegawai dan kakitangan CIAST  yang masih belum mendaftar menjadi  ahli Puspanita CIAST, silalah bertindak sekarang...


Tawaran ahli Puspanita ini tidak terhad kepada pegawai dan kakitangan CIAST sahaja tetapi dibuka untuk isteri-isteri pegawai dan kakitangan CIAST jua.

Apa yang ditunggu-tunggu lagi... JOM Laa DAFTAR...!!!





%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));