Tuesday, November 12, 2013

Program 1M4U anjuran PUSPANITA Kebangsaan, 17 November 2013



  
Program 1M4U anjuran PUSPANITA Kebangsaan akan diadakan pada 17 November 2013 (Ahad) mulai jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang di PUSPANITAPURI, Putrajaya. Pelbagai acara menarik seperti aktiviti sukan, aktiviti kemasyarakatan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan masakan, aktiviti komuniti bersama Hospital Serdang dan pelbagai lagi. 

 Ahli PUSPANITA yang berminat untuk turut serta dipelawa untuk mengemukakan permohonan kepada Pn. Shadatuljumai selewat-lewatnya petang ini untuk tindakan selanjutnya. Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti butiran berikut :

Kemukakan permohonan sekarang kepada :

SHADATULJUMAI BINTI ARIF SHAH
Setiausaha Pejabat Bahagian MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran
No. Tel. : 03-8886 5450
No. Fax : 03-8889 2430
E-mel : shadatul@mohr.gov.my




Monday, November 11, 2013

Program YDP Puspanita Kebangsaan Turun Padang Ke KSM Sempena Mesyuarat Majlis Tertinggi Puspanita Kebangsaan, 11 November 2013


PUSPANITA Kebangsaan telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 11 November 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 1, Kompleks D, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Puan Sri Dato’ Rohani Abdullah, YDP Puspanita Kebangsaan  bersempena Mesyuarat Majlis Tertinggi Puspanita Kebangsaan. 

Sempena dengan Lawatan tersebut, PUSPANITA KSM juga telah mengadakan Pameran bertemakan ‘Embracing Women’s Talent’ yang mengenengahkan penglibatan wanita dalam latihan kemahiran, pekerjaan, keselamatan dan keselamatan sosial di tempat kerja di Dewan Serbaguna KSM.

Program pendaftaran ‘1 Malaysia Support for Housewife’ di bawah JobsMalaysia turut dilancarkan bertujuan untuk membantu surirumah mendaftar mencari peluang pekerjaan.
  


%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));