Showing posts with label Penggayaan Tudung. Show all posts
Showing posts with label Penggayaan Tudung. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Sekitar Sesi Penggayaan Tudung, 01 Mac 2013

Antara ahli Puspanita CIAST yang hadir untuk berkongsi dan mempelajari teknik baru penggayaan tudung

Pastikan bahagian kanan selendang lebih panjang dari bahagian kiri ya.. 

Demo dari Asha Karim Collection

Demo oleh Pn. Hamidatul Zakiah
Pn. Nor Ayana tampil berbeza dengan pemakaian selendang dan anak tudung ninja.. 

Pn. Norsyawaliza Chan berkongsi tips-tips penggayaan tudung..

Pn. Nor Azua Aripin, Ketua Biro Modal Insan tekun memilih selendang.. Tambah koleksi sedia ada ke?

Sebahagian tudung dan selendang yang turut dijual..

Penggayaan tudung yang kreatif berjaya mengubah penampilan dan personaliti ahli Puspanita.. Selayak model tudung professional kan mereka ni :)

Anggun dan bergaya dengan teknik penggayaan tudung bawal dan selendang baru.. Semoga sesi-sesi seumpama ini diteruskan lagi untuk memberi peluang warga wanita tampil cantik dan yakin sepanjang hari..

 Jutaan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA yang sudi meluangkan masa untuk hadir.. Khususnya Biro Modal Insan yang telah bersusah payah menganjurkan sesi perkongsian ilmu ini.. 

 

Monday, February 18, 2013

Biro Modal Insan - Sesi Penggayaan Tudung

Biro Modal Insan, Puspanita CIAST akan mengadakan sesi perkongsian ilmu seperti butiran berikut : 

Tajuk : Sesi Penggayaan Tudung
Tarikh : 01 Mac 2013
Masa  : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan PUSPANITA
Bayaran : Percuma!!!

                                                   
Ahli PUSPANITA yang berminat diminta mendaftar penyertaan kepada AJK Biro Modal Insan berikut :

1. Pn.Nor Salfaiza Fadzil - samb : 8203
2. Pn.Nor Azua Aripin - samb : 8349


Makluman Tambahan :

1. Sekiranya peyertaan didapati melebihi 15 orang, lokasi akan ditukar kepada bilik yang lebih sesuai (akan dimaklumkan kelak).

2. Ahli yang berminat juga boleh membawa selendang, serkup/ turban, inner ninja @ awning dan pelbagai jenis tudung/ hijab untuk sama-sama melakukan sendiri teknik penggayaan hijab (praktikal). 
3. Ahli yang ingin menjual tudung juga dijemput hadir (mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Biro Ekonomi)
4. Ahli PUSPANITA dan warga CIAST (wanita sahaja) yang ingin berkongsi teknik penggayaan tudung juga adalah sangat dialu-alukan & boleh berbuat demikian semasa sesi berlangsung.


Jom datang beramai-ramai!!!




%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));