LATAR BELAKANG PUSPANITA
PUSPANITA kebangsaan telah ditubuhkan dan dengan rasminya dilancarkan pada 1 Mac 1983 oleh Y. Bhg. Puan Sri Datin Zawiah binti Haji Yacob, isteri bekas Ketua Setiausaha Negara. Beliau adalah Yang Dipertua PUSPANITA pertama. Penubuhan PUSPANITA adalah cetusan idea Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd. Ali, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1982.
PUSPANITA adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia. Ibu pejabat PUSPANITA Kebangsaan terletak Rumah PUSPANITA Jalan Hose, Kuala Lumpur. Selain itu, terdapat cawangan PUSPANITA Kebangsaan di Putrajaya iaitu PUSPANITAPURI. PUSPANITA juga ditubuhkan bagi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi Program Jangka Panjang di dalam pelbagai bidang, seperti Kepenggunaan, Pembangunan Keluarga, ICT, Keusahawanan, Sukan dan Kesihatan, Keterampilan Diri, Hiasan dan Lanskap, melalui ceramah-ceramah bengkel, seminar dan kursus.
PUSPANITA juga menguruskan Tabung Latihan PUSPANITA untuk memberi peluang kemasukkan ke beberapa pusat pengajian seperti Politeknik, Kolej dan universiti bagi menampung sebahagian dari kos pembelajaran pelajar-pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran.
Selain dari itu, PUSPANITA juga mengadakan Tabung PUSPADARA untuk memberi pendedahan tentang penyakit kanser, satu-satunya penyakit yang mengancam nyawa kaum wanita di negara ini.
Isteri Y.A.B Perdana Menteri adalah Penaung, Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Penasihat dan isteri Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara adalah Yang DiPertua kepada Persatuan ini.
FOKUS

TUJUAN PENUBUHAN
- Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatupadukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan
- Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus
- Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta
- Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan
- Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini
- Memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada Kerajaan, membeli. menyewa dan sebagainya
MISI
Menjadi pemangkin pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat selaras dengan wawasan pembangunan negeri Selangor
OBJEKTIF
- Menjadi wanita cemerlang dalam semua aspek kehidupan di dunia dan akhirat
- Berusaha mengembangkan potensi wanita melalui penguasaan ilmu dan kemahiran serta pembentukan sikap positif dan inovatif
- Peka, proaktif dan responsif kepada perubahan persekitaran
FOKUS
- Meningkatkan pengetahuan kemajuan diri dan keluarga
- Merapatkan silaturahim dan kerjasama di kalangan ahli
- Menjalankan aktiviti amal yang berfaedah kepada ahli dan masyarakat
LOGO
Huraian :
1. Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
2. Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
3. Bunga Padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.
4. Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
5. P dan Pa lambang kewanitaan.
6. Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
7. Warna Ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar

LAGU PUSPANITA
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Bulan bintang 14 penjuruTenaga isteri dan wanita

No comments:
Post a Comment