Thursday, April 2, 2015

Percutian ke KRABI anjuran PUSPANITA CIAST

Salam sejahtera,

Jommmmm bercuti ke KRABI!!!!!

Kepada yang ingin turut serta, sila beri maklum balas sebelum atau pada 30 April 2015 kepada Pn. Ramaizai (8232) atau Cik Wan Nor Asliza (8385).




Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014


Adalah dimaklumkan PUSPANITA KSM akan mengadakan satu majlis bagi memberi penghargaan kepada anak-anak ahli PUSPANITA di bawah KSM yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM. Anugerah ini diadakan bagi memberi semangat dan meningkatkan motivasi kepada anak-anak ahli untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan hasrat negara bagi melahirkan rakyat pendidikan tinggi.

Anak ahli yang layak untuk dipertimbangkan dan memohon anugerah ini adalah yang memperoleh keputusan peperiksaan 2014 minimum seperti di bawah:

                1. UPSR – Minimum 4A
                2. PT3 – Minimum 6A
                3. SPM – Minimum 7A
                4. STPM – Minimum 3 Prinsipal B

Majlis ini dicadangkan akan dilaksanakan pada bulan Mei 2015 (tarikh sebenar akan dimaklumkan).

Sehubungan itu, bagi anak ahli yang layak menerima anugerah ini, mohon kerjasama untuk melengkapkan borang yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Pn. Zaidah bt Rakon  (Tel. : 03- 8886 2350      Faks :  03- 8889 2430    emel : zaidah@mohr.gov.my)

atau Puan Shadatuljumai bt. Arif Shah (JPK Cyberjaya) pada atau selewatnya pada 8 April 2015  Jam 3.00 petang untuk tindakan selanjutnya.

Permohonan hanya boleh dibuat oleh pegawai/kakitangan wanita yang bertugas di KSM/Jabatan di bawah KSM, yang telah menjadi ahli Puspanita (telah mengisi dengan lengkap Borang yang ditetapkan dan telah didaftarkan), iaitu -

(i)  bagi mereka yang menjadi ahli sebelum 21 Oktober 2014, telah menjelaskan segala yuran kemasukan serta yuran tahunan sekurang-kurangnya untuk tempoh selama 2 tahun, atau

(ii) bagi mereka yang menjadi ahli selepas 21 Oktober 2014, telah menghadiri sekurang-kurangnya 1 program di peringkat Puspanita Kebangsaan dan 2 program di peringkat Puspanita Cawangan Kementerian Sumber Manusia.
 
Sekian, Terima Kasih.



Tuesday, March 24, 2015

Demo Roti Sihat




Salam sejahtera warga PUSPANITA CIAST sekalian,

Untuk makluman, Biro Kebajikan dan Modal Insan PUSPANITA akan menganjurkan Demo Roti Sihat pada 3 April 2015 (Jumaat) jam 11.00 pagi di Bilik Gerakan PUSPANITA 
Oleh yang demikian, kepada warga PUSPANITA yang berminat untuk menyertai demo ini, mohon kerjasama untuk memberi nama kepada Pn. Norhayati binti Hj. Othman (8207) selewat-lewatnya 31 Mac 2015 (Selasa).

Sekian, terima kasih.



Sekitar Majlis Women's Day Out 4 Mac 2015


Pemenang Tagline - Pn. Norhayati Yahaya 










Ceramah Personaliti Terbilang Wanita Cemerlang






Jom Sihat Bersama





Ceramah Agama : Malam Pertama di Alam Barzah





Tuesday, March 3, 2015

Ceramah Agama Tahsin Al Fatihah




Biro Kebajikan dan Modal Insan PUSPANITA CIAST akan menganjurkan satu Ceramah Agama Tahsin Al-Fatihah yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

            Tarikh : 6 Mac 2015 (Jumaat)
            Masa : 12.30 tengah hari (solat zohor berjemaah)
            Tempat : Surau CIAST

            Butiran Penceramah : 
Ustazah Wan Siti Nur Syahidah binti Ramli
Ijazah Sarjana Muda Takhassus Al-Quran Wal Qiraat 
(Freelance Guru Al-Quran - Tauliah JAIS)
                    

Thursday, February 5, 2015

Pertandingan Mencipta Tema @ Tagline Women's Day Out 2015





PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA @ TAGLINE UNTUK WOMEN'S DAY OUT

Penyertaan     :    Nama dan tagline anda.
Syarat             :   Tema mestilah catchy ada makna dan sedap untuk dipaparkan
Tempoh          :    4 hingga 6 Februari 2015
Hadiah            :    Hadiah ISTIMEWA menanti!
Keputusan      :    Akan diumum pada hari kejadian.
Serahan          :    
Sila hantarkan kepada Pn. Kahma Shufana bt. Abd. Kadir 
tel. 03-55438309 : hp 012-2517651 : e-mel kahmashufana@ciast.gov.my 

PROGRAM    : Women's Day Out
TEMPAT        : De Palma Shah Alam, Selangor
TARIKH         : 25 Februari 2015, Rabu


 
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
AJK Publisiti, PUSPANITA CIAST | T +603 55438287 | F +603 55438274 | M +60 16-3443804




%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));