Wednesday, May 22, 2013

Program Cuti Sekolah Ke Universal Studio Singapore (22 - 24 November 2013)

PUSPANITA JPK berhasrat untuk mengadakan lawatan ke Universal Studio Singapore yang akan diadakan dari 22 hingga 24 November 2013. Justeru, semua ahli PUSPANITA, JPK dan kakitangan Jabatan adalah dipelawa untuk menyertai program lawatan ini bagi mengisi masa cuti sekolah dengan kos bagi orang dewasa adalah RM387/seorang dan kanak-kanak (RM367/seorang-berkatil dan RM300/seorang-tidak berkatil)

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat adalah dimohon untuk mengisi borang permohonan bagi lawatan ke Universal Studio Singapore dengan mengisi borangyang telah diemelkan dan dikembalikan kepada Pn.Khuzainey binti Ismail (
khuzainey@mohr.gov.my) selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013. 

Tatacara bayaran kepada travel agen adalah 50% pembayaran perlu dibank-in sebelum Julai 2013 (bagi yang confirm ke program ini perlu membuat bayaran) manakala bayaran sebanyak 50% akan diberikan semasa lawatan (sebarang pindaan mengenai tatacara bayaran ini akan dimaklumkan kelak).

Perincian dan maklumat mengenai Universal Studio Singapore adalah seperti dilampiran atau tuan/puan bolehlah melayari laman web www.universalstudios.com.





Aktiviti Terapi Muzik Oleh PUSPANITA JPK Anjuran LPPKN Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa PUSPANITA JPK akan menyertai Aktiviti Terapi Muzik di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Putrajaya seperti butiran berikut:

 Tarikh : 28 Mei 2013 (Selasa)
 Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
 Tempat : Pusat Keluarga LPPKN Putrajaya
 Aras 4, No. 55 Persiaran Perdana
 Presint 4, Putrajaya
 Pakaian : Pakaian Sukan

Untuk makluman, penyertaan adalah percuma dan dihadkan kepada 20 orang sahaja. Pengangkutan pergi dan balik daripada HQ juga disediakan. Sehubungan dengan itu, kepada Ahli PUSPANITA yang berminat untuk menyertai terapi muzik ini, mohon maklumkan kepada PIC berikut sebelum 22 Mei 2013 (Rabu) untuk tindakan selanjutnya.

SHADATULJUMAI BINTI ARIF SHAH
Setiausaha Pejabat Bahagian MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran
No. Tel. : 03-8886 5450
No. Fax : 03-8889 2430
E-mel : shadatul@mohr.gov.my



Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja 2013 kepada warga Puspanita CIAST


Wah...seronok pula rasanya bercuti di tengah-tengah minggu. "Selamat Hari Pekerja" diucapkan untuk semua pekerja tak kira dimana sahaja anda berada. Tema hari pekerja bagi tahun 2013 adalah "Pekerja Pemangkin Transformasi Negara".
Sekali lagi..SELAMAT HARI PEKERJA bagi semua pekerja dan SELAMAT BERCUTI!!






%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));