Showing posts with label Sharing. Show all posts

Sunday, September 15, 2013
Monday, August 19, 2013
HEBAHAN PROMOSI KEAHLIAN DAN PAKAIAN SERAGAM PUSPANITA
PUSPANITA Kebangsaan sedang menjalankan promosi keahlian dan pakaian seragam PUSPANITA kepada SEMUA AHLI DAN BAKAL AHLI PUSPANITA seperti berikut:
a) Yuran Keahlian Ahli Seumur Hidup (ASH) adalah RM50.00 sahaja (Untuk makluman: yuran keahlian dibayar sekali sahaja iaitu tiada yuran tahunan, bayaran yuran keahlian ASH tanpa promosi ialah RM 100)
b) Bagi ASH lama dan yang baru mendaftar; adalah layak membeli pakaian seragam PUSPANITA dengan harga RM75.00 (harga biasa RM 98) dengan bukti keahlian (setiap permohonan pembelian pakaian seragam mesti mempunyai bukti keahlian dan bayaran)
c) Bermula 1 Ogos 2013, pakaian seragam PUSPANITA dijual pada harga biasa iaitu RM98.00 bagi Ahli Biasa.
Adalah diharapkan semua ahli dan bakal ahli PUSPANITA mengambil kesempatan ini dengan SEGERA untuk menjadi ahli PUSPANITA. Promosi bagi perkara a dan b untuk ASH adalah dalam tempoh terhad sehingga pada tarikh tutup promosi yang akan dimaklumkan oleh PUSPANITA Kebangsaan kelak.
Semua borang keahlian (dlm website CIAST) yang lengkap beserta bayaran dan tempahan pakaian beserta bayaran dan bukti keahlian hendaklah dimajukan kepada Setiausaha Puspanita CIAST iaitu Pn. Rosni Kamarruddin (8312 @ 0173366027 untuk tujuan penyelarasan di peringkat CIAST.

Sunday, August 4, 2013
Tuesday, July 23, 2013
Renungan Ramadhan - Pokok dan Mancis
![]() |
Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.
Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA dan siapa kawan kita sebenarnya.
Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .
Wednesday, July 17, 2013
Perkongsian Ilmu
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Rakan-rakan PUSPANITA CIAST yang dikasihi,
Harapan sepanjang zaman.
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab”
Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin.
Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.
Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:
“…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran...” (Surah al-Qamar, ayat: 13)
Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya. Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.
Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.
Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu.
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak.
Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.
Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:
Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.
Sekian dulu perkongsian dari saya,
Hamimah binti Mamat
Biro Kebajikan PUSPANITA
CIAST Shah Alam
http://www.ciast.gov.my

- Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.
- Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
- Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
- Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.
- IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.
- Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
- Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.
- Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan seperti yang dilakukan oleh pihak Nuri.
Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.
Sekian dulu perkongsian dari saya,
Hamimah binti Mamat
Biro Kebajikan PUSPANITA
CIAST Shah Alam
http://www.ciast.gov.my
Wednesday, May 1, 2013
Selamat Hari Pekerja 2013 kepada warga Puspanita CIAST
Wah...seronok pula rasanya bercuti di tengah-tengah minggu.
"Selamat Hari Pekerja" diucapkan untuk semua pekerja tak kira dimana
sahaja anda berada. Tema hari pekerja bagi tahun 2013 adalah "Pekerja
Pemangkin Transformasi Negara".
Sekali lagi..SELAMAT HARI PEKERJA bagi semua pekerja dan SELAMAT BERCUTI!!
Friday, April 26, 2013
Majlis Kuliah Agama Bulanan & Ceramah Wakaf Selangor
Sukacita dimaklumkan bahawa majlis kuliah agama bulanan bagi bulan April akan diadakan seperti butiran di bawah :
Tarikh : 26 April 2013 (Jumaat)
Masa : 09.00 pagi hingga 10.30 pagi (Kuliah Agama)
10.30 pagi hingga 11.00 pagi (Taklimat Wakaf)

Tempat : Auditorium CIAST
Tajuk Ceramah : ‘Kepimpinan Berintegriti’
Penceramah : Ustaz Nik Bakri Nik Mat
Kakitangan, pelajar dan peserta kursus CIAST dijemput
menyertai dan mengambil manfaat daripada majlis ini.
Friday, April 12, 2013
Pemberian Insentif Pendidikan dan Ko-kurikulum Cemerlang Tahun 2012
Sukacita dimaklumkan Pemberian Insentif Pendidikan dan Ko-kurikulum Cemerlang Tahun 2012 telah dibuka permohonannya sebagaimana yang dinyatakan di http://puspanita.selangor.gov.my/?q=node/2418#attachments
Insentif ini khas buat anak-anak Ahli Puspanita yang keputusan peperiksaan 2012 seperti diberikut:
> UPSR = 5A
> PMR = 7A
> STPM = 4P (A)
> STAM = Jayyid Jiddan
Di samping itu, syarat-syarat tambahan (wajib) adalah:
a) Permohonan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA di Jabatan Negeri/Persekutuan Negeri Selangor yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas.
b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan PUSPANITA.
c) Pengesahan salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Jabatan Pemohon.
d) Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan di Jabatan Pemohon.
e) Ahli yang telah bersara/berpencen, borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Prosesional/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.
Ahli yang memenuhi syarat-syarat boleh lengkapkan borang dan serahkan kepada Pn. Antasya Mohd Arif, PPL selewat-lewatnya pada 28 Mei 2013 (Selasa).

Tuesday, April 9, 2013
Perkongsian Hadith Minggu Ini :)
Mereda Marah Dengan Baca Ta'awwuz
Maksud Hadith:
Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari
aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian
di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan
tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”,
“Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa
marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku
berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah
marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya)
bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan
yang direjam."
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Huraian
Hadith:
- Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)
- Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.
- Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.
- Orang
yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya
tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan
(dinikmati).
Subscribe to:
Posts (Atom)
%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));