Tuesday, June 25, 2013

Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong



Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong bersempena kedatangan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak akan dijalankan seperti butiran berikut :


Tempat : Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong
Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis)
Masa   : 8.30 pagi


Terhad kepada 20 ahli sahaja.

SUMBANGAN BERUPA WANG RINGGIT & SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN ADALAH SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN daripada semua warga CIAST.

Sumbangan barang seperti lampin pakai buang, ubat-ubatan, vitamin, susu, selimut tuala muka, stokin & keperluan harian berupa beras, gula, biskut, air minuman dan lain-lain perlu dihantar ke Bilik Gerakan Puspanita pada 25 dan 26 Jun 2013 pada pukul 3 ptg. 


Pegawai untuk dihubungi ialah Biro Kebajikan Puspanita CIAST iaitu Pn Hamimah bte Mamat (SPD) atau Pn. Sharida bte Mohd. Sharif (PPL).

Semoga kerjasama tuan/puan dalam menjayakan aktiviti murni mendapat keberkatan dan keredhaan Allah jua hendaknya. Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment

%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));