Thursday, February 21, 2013

Biro Ekonomi - Aktiviti Jualan Puspanita CIAST


Biro Ekonomi, Puspanita CIAST akan mengadakan sesi jualan seperti butiran di atas. 
                                               
Ahli PUSPANITA dan warga CIAST yang berminat untuk mempromosi dan menjual produk masing-masing dijemput menyertai sesi jualan ini. Pastikan produk jualan anda telah lengkap ditag harga. Produk boleh dibawa terus ke lokasi jualan sebelum (sebaik-baiknya) atau sepanjang tempoh jualan diadakan.  

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh diajukan kepada AJK Biro Ekonomi :


1. Pn. Rozita Ismail - samb : 8262
2. Pn. Norazian Jamaludin - samb : 8263
Jom ramai-ramai memeriahkan Jualan Puspanita CIAST!!!


Monday, February 18, 2013

Biro Modal Insan - Sesi Penggayaan Tudung

Biro Modal Insan, Puspanita CIAST akan mengadakan sesi perkongsian ilmu seperti butiran berikut : 

Tajuk : Sesi Penggayaan Tudung
Tarikh : 01 Mac 2013
Masa  : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan PUSPANITA
Bayaran : Percuma!!!

                                                   
Ahli PUSPANITA yang berminat diminta mendaftar penyertaan kepada AJK Biro Modal Insan berikut :

1. Pn.Nor Salfaiza Fadzil - samb : 8203
2. Pn.Nor Azua Aripin - samb : 8349


Makluman Tambahan :

1. Sekiranya peyertaan didapati melebihi 15 orang, lokasi akan ditukar kepada bilik yang lebih sesuai (akan dimaklumkan kelak).

2. Ahli yang berminat juga boleh membawa selendang, serkup/ turban, inner ninja @ awning dan pelbagai jenis tudung/ hijab untuk sama-sama melakukan sendiri teknik penggayaan hijab (praktikal). 
3. Ahli yang ingin menjual tudung juga dijemput hadir (mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Biro Ekonomi)
4. Ahli PUSPANITA dan warga CIAST (wanita sahaja) yang ingin berkongsi teknik penggayaan tudung juga adalah sangat dialu-alukan & boleh berbuat demikian semasa sesi berlangsung.


Jom datang beramai-ramai!!!




%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));