Warga PUSPANITA CIAST yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, salam kerahmatan,keredhaan & keberkatan ALLAH..Moga ALLAH berkati kita semua.
Neraka untuk mereka yang sembahyang?
Biar betul?
Memang betul!
Kerana Al-Quran sendiri yang mengatakannya.
Allah berfirman:-
maka kecelakaan besar ( azab Neraka wail ) bagi orang-orang yang bersembahyang.
(Al-Maa'uun 107:4)
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.
(Al-Maa'uun 107:5)
******************************************************************************
Lalai dalam mengerjakan solat ertinya tidak menyempurnakan solat mengikut kehendak ALLAH...
Apakah kehendak ALLAH untuk kesempurnaan solat???? Bagaimana untuk mendapat solat yang sempurna & diredhai ALLAH???
Jawapannya ada pada KURSUS SOLAT anjuran Jawatankuasa Surau CIAST yang akan diadakan pada
9/5/2014 Jumaat ini, di Auditorium CIAST (bermula pukul 9pagi).
Penceramah adalah orang yang sangat Faqeh dalam bidang agama, tinggi ilmunya dari segi Al-Quran & Hadis..
Rugi
kalau kita tidak mengambil peluang yang ada ini untuk memperbaiki solat
kita, & seterusnya untuk mendapat kesempurnaan solat & solat
kita yang kita kerjakan diterima oleh ALLAH..
Rugilah seandainya
solat kita yang kita lakukan selama ini, tergolong dalam golongan ahli
neraka wail. Semoga ALLAH terima solat kita yang kita lakukan selama ini
dengan rahmatnya & redhanya..
Bagi sesiapa yang belum mendaftar,bolehlah mendaftar menerusi borang online di bawah :
https://docs.google.com/forms/d/115sYfdBNRZF7WZRxqliUpE6Jcq94Oa8KprWCGRR8tM8/viewform