Wednesday, September 10, 2014

Pertandingan Bowling PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Manusia 2014




Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Pertandingan Bowling pada tarikh dan tempat seperti berikut :

          Tarikh:        10 Oktober 2014 (Jumaat)
          Masa:           12.00 tengahari (Pendaftaran)
          Tempat:      ARL POWERBOWL,  
                                ALAMANDA, PUTRAJAYA.

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Manusia. Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM 30.00/ seorang (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja).

Permainan dibahagikan kepada kategori pasukan kumpulan dan VIP. Pasukan kumpulan terdiri daripada 4 orang manakala pasukan VIP terdiri daripada 2 orang iaitu Ketua Biro bersama salah seorang AJKnya. Setiap Jabatan dan agensi DIWAJIBKAN menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan kumpulan dan VIP. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan, syarat-syarat pertandingan dan tentatif aturcara majlis.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 September 2014 (Khamis). Kepada ahli PUSPANITA JPK dan CIAST yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, penyertaan hendaklah dipanjangkan kepada Pn. Hartini binti Mat Yasin melalui emel hartinimy@mohr.gov.my atau menghubungi talian 03-88862432.



No comments:

Post a Comment

%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));