Monday, November 11, 2013

Program YDP Puspanita Kebangsaan Turun Padang Ke KSM Sempena Mesyuarat Majlis Tertinggi Puspanita Kebangsaan, 11 November 2013


PUSPANITA Kebangsaan telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 11 November 2013 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 1, Kompleks D, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Puan Sri Dato’ Rohani Abdullah, YDP Puspanita Kebangsaan  bersempena Mesyuarat Majlis Tertinggi Puspanita Kebangsaan. 

Sempena dengan Lawatan tersebut, PUSPANITA KSM juga telah mengadakan Pameran bertemakan ‘Embracing Women’s Talent’ yang mengenengahkan penglibatan wanita dalam latihan kemahiran, pekerjaan, keselamatan dan keselamatan sosial di tempat kerja di Dewan Serbaguna KSM.

Program pendaftaran ‘1 Malaysia Support for Housewife’ di bawah JobsMalaysia turut dilancarkan bertujuan untuk membantu surirumah mendaftar mencari peluang pekerjaan.
  


No comments:

Post a Comment

%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));