Wednesday, September 18, 2013

Program Ceramah Mengenai 'Pembahagian Harta Pusaka dan Harta Sepencarian' Anjuran Jawatankuasa Biro Kepenggunaan dan Perundangan (PERKESO) PUSPANITA Cawangan KSM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa PUSPANITA KSM di bawah Jawatankuasa Biro Kepenggunaan dan Perundangan (PERKESO) akan mengadakan ceramah 'Pembahagian Harta Pusaka dan Harta Sepencarian' yang akan disampaikan oleh Ustaz Md. Ghazali bin Ibrahim daripada Mustread Sdn. Bhd. seperti butiran berikut:

Tarikh : 23 September 2013 (Isnin)
Masa : 1.15 tengah hari - 4.15 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 1, Blok D3, KSM, Putrajaya

Penyertaan dibuka kepada 15 orang sahaja dengan bayaran sebanyak RM3.00 untuk ahli dan RM5.00 untuk bukan ahli . Kepada sesiapa yang berminat, mohon maklumkan kepada Pn. Shadatuljumai selewat-lewatnya esok (19 September 2013) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


SHADATULJUMAI BINTI ARIF SHAH
Setiausaha Pejabat Bahagian MOSQ
Tel. : 03-8886 5450
Fax : 03-8889 2430
E-mel : shadatul@mohr.gov.my



 

No comments:

Post a Comment

%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));