PUSPANITA JPK berhasrat untuk mengadakan lawatan ke Universal Studio Singapore yang akan diadakan dari 22 hingga 24 November 2013. Justeru, semua ahli PUSPANITA, JPK dan kakitangan Jabatan adalah dipelawa untuk menyertai program lawatan ini bagi mengisi masa cuti sekolah dengan kos bagi orang dewasa adalah RM387/seorang dan kanak-kanak (RM367/seorang-berkatil dan RM300/seorang-tidak berkatil)
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat adalah dimohon untuk mengisi borang permohonan bagi lawatan ke Universal Studio Singapore dengan mengisi borangyang telah diemelkan dan dikembalikan kepada Pn.Khuzainey binti Ismail (khuzainey@mohr.gov.my) selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013.
Tatacara bayaran kepada travel agen adalah 50% pembayaran perlu dibank-in sebelum Julai 2013 (bagi yang confirm ke program ini perlu membuat bayaran) manakala bayaran sebanyak 50% akan diberikan semasa lawatan (sebarang pindaan mengenai tatacara bayaran ini akan dimaklumkan kelak).
Perincian dan maklumat mengenai Universal Studio Singapore adalah seperti dilampiran atau tuan/puan bolehlah melayari laman web www.universalstudios.com.
No comments:
Post a Comment