Thursday, November 6, 2014

Perkongsian Ilmu : Tidak Ada Kehidupan Tanpa Masalah


Salam sejahtera sahabat-sahabat PUSPANITA sekalian,

Untuk makluman, satu sesi perkongsian ilmu berkenaan 'Tidak Ada Kehidupan Tanpa Masalah' akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

          Tarikh                    : 26 November 2014 (Rabu)
          Masa                       : 9.00 pagi – 11.00 pagi
          Tempat                  : Bilik Mesyuarat Gemilang
          Jumlah Peserta  : 25-30 orang

Sesiapa yang berminat untuk menyertai sesi perkongsian ilmu ini bolehlah memberi nama kepada Pn. Norhayati binti Hj. Othman (8207).






Wednesday, September 10, 2014

Pertandingan Bowling PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Manusia 2014




Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Pertandingan Bowling pada tarikh dan tempat seperti berikut :

          Tarikh:        10 Oktober 2014 (Jumaat)
          Masa:           12.00 tengahari (Pendaftaran)
          Tempat:      ARL POWERBOWL,  
                                ALAMANDA, PUTRAJAYA.

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian Sumber Manusia. Yuran Penyertaan adalah sebanyak RM 30.00/ seorang (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja).

Permainan dibahagikan kepada kategori pasukan kumpulan dan VIP. Pasukan kumpulan terdiri daripada 4 orang manakala pasukan VIP terdiri daripada 2 orang iaitu Ketua Biro bersama salah seorang AJKnya. Setiap Jabatan dan agensi DIWAJIBKAN menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan kumpulan dan VIP. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan, syarat-syarat pertandingan dan tentatif aturcara majlis.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 September 2014 (Khamis). Kepada ahli PUSPANITA JPK dan CIAST yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, penyertaan hendaklah dipanjangkan kepada Pn. Hartini binti Mat Yasin melalui emel hartinimy@mohr.gov.my atau menghubungi talian 03-88862432.



Selamat Menyambut Hari Malaysia




Sidang Kemuncak Wanita 2014






Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menganjurkan

"Sidang Kemuncak Wanita 2014"

Tarikh : 15 September 2014 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur
Pakaian : Seragam PUSPANITA


Semua ahli PUSPANITA turut dijemput untuk menghantar wakil ke persidangan tersebut dan pendaftaran boleh dibuat melalui;


 https://womensummit2014.eventbrite.com/


Pegawai Untuk Dihubungi :

1) Puan Affriza Othman Ariff 

| Emel: affriza@kpwkm.gov.my | No. Tel: 03-83231292

2) Puan Anika Ali 

| Emel: anika@kpwkm.gov.my | No. Tel: 03-83231306

3) Encik Norazlan Norazli 

| Emel: azlamazli@kpwkm.gov.my | No. Tel: 03-83231289



Seminar B.M.W dan Seminar Money@Work

        

Peluang kepada warga PUSPANITA yang untuk merebut ilmu dan kemahiran bermanfaat dengan menghadiri seminar pengurusan kewangan berikut :


       Nama Kursus :        Seminar Money@Work
     Tarikh    :   10 September 2014
     Tempat  :   Hall 13, Goldan Screen Cinemas (GSC), 

                         1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
     Masa      :   9.30 pagi hingga 1.00 tgh




     Nama Kursus  :      Seminar B.M.W 
                                    (Bijak Mengurus Wang)
     Tarikh   :   12 September 2014
     Tempat :   Hall 13, Goldan Screen Cinemas (GSC), 

                        1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
     Masa     :   9.30 pagi hingga 1.00 tgh






Monday, September 8, 2014

Selamat Hari Wanita 2014





"SAMBUTAN HARI WANITA 2014"
WANITA PENDUKUNG ASPIRASI NEGARA


Dirasmikan oleh:
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Isteri Perdana Menteri Malaysia

8 SEPTEMBER 2014
Pusat Konvensyen Sunway Pyramid


Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Daripada kami, Warga Kerja PUSPANITA CIAST 2014.



Friday, July 4, 2014

JEMPUTAN KE MINI KARNIVAL RAYA JPK 2014




Sukacita dimaklumkan bahawa Mini Karnival Raya anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan dan Sukan (PKS) dan Puspanita JPK akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Tempat : Dewan KSM, Blok D3
Tarikh : 22 Julai 2014
Masa : 11.00 pg - 4.00 ptg

Sebanyak 15 gerai jualan dibuka dengan menjual pelbagai juadah dan persiapan raya.  Pelbagai barangan persediaan Hari Raya 2014 dapat dibeli semasa Mini Karnival Raya seperti beg tangan, baju kurung, jubah, baju melayu, biskut raya, kerepek, baju kanak-kanak dan bayi, jualan raya AVON, tudung, shawl dan banyak lagi.

Semua pegawai Cyberjaya dan CIAST adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi mini karnival raya ini.


Friday, June 13, 2014

JEMPUTAN KE KARNIVAL SKILLSMALAYSIA CIAST 2014

Pertandingan WorldSkills Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh            : 14 hingga 17 Jun 2014
Masa               : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat           :  Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
                             Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,
                             40900 Shah Alam, Selangor.




Wednesday, May 7, 2014

Kelas Potong Pola Tudung






Kursus Solat Anjuran Jawatankuasa Surau CIAST

Warga PUSPANITA CIAST yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, salam kerahmatan,keredhaan & keberkatan ALLAH..Moga ALLAH berkati kita semua.

Neraka untuk mereka yang sembahyang?
Biar betul?

Memang betul!
Kerana Al-Quran sendiri yang mengatakannya.

Allah berfirman:-
maka kecelakaan besar ( azab Neraka wail ) bagi orang-orang yang bersembahyang.
(Al-Maa'uun 107:4)

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.
(Al-Maa'uun 107:5)

******************************************************************************

Lalai dalam mengerjakan solat ertinya tidak menyempurnakan solat mengikut kehendak ALLAH...
Apakah kehendak ALLAH untuk kesempurnaan solat???? Bagaimana untuk mendapat solat yang sempurna & diredhai ALLAH???

Jawapannya ada  pada KURSUS SOLAT anjuran Jawatankuasa Surau CIAST yang akan diadakan pada 9/5/2014 Jumaat ini, di Auditorium CIAST (bermula pukul 9pagi).


Penceramah adalah orang yang sangat Faqeh dalam bidang agama, tinggi ilmunya dari segi Al-Quran & Hadis..

Rugi kalau kita tidak mengambil peluang yang ada ini untuk memperbaiki solat kita, & seterusnya untuk mendapat kesempurnaan solat & solat kita yang kita kerjakan diterima oleh ALLAH..

Rugilah seandainya solat kita yang kita lakukan selama ini, tergolong dalam golongan ahli neraka wail. Semoga ALLAH terima solat kita yang kita lakukan selama ini dengan rahmatnya & redhanya..


Bagi sesiapa yang belum mendaftar,bolehlah mendaftar menerusi borang online di bawah :


https://docs.google.com/forms/d/115sYfdBNRZF7WZRxqliUpE6Jcq94Oa8KprWCGRR8tM8/viewform







%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));