Adalah
dimaklumkan PUSPANITA KSM akan mengadakan satu majlis bagi memberi
penghargaan kepada anak-anak ahli PUSPANITA di bawah KSM yang
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
UPSR, PT3, SPM dan STPM. Anugerah ini diadakan bagi memberi semangat
dan meningkatkan motivasi kepada anak-anak ahli untuk belajar ke
peringkat yang lebih tinggi seiring dengan hasrat negara bagi melahirkan
rakyat pendidikan tinggi.
Anak
ahli yang layak untuk dipertimbangkan dan memohon anugerah ini adalah
yang memperoleh keputusan peperiksaan 2014 minimum seperti di bawah:
1. UPSR – Minimum 4A
2. PT3 – Minimum 6A
3. SPM – Minimum 7A
4. STPM – Minimum 3 Prinsipal B
Majlis ini dicadangkan akan dilaksanakan pada bulan Mei 2015 (tarikh sebenar akan dimaklumkan).
Sehubungan
itu, bagi anak ahli yang layak menerima anugerah ini, mohon kerjasama
untuk melengkapkan borang yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Pn. Zaidah bt Rakon (Tel. : 03- 8886 2350 Faks : 03- 8889 2430 emel : zaidah@mohr.gov.my)
atau Puan Shadatuljumai bt. Arif Shah (JPK Cyberjaya) pada atau selewatnya pada
8 April 2015 Jam 3.00 petang untuk tindakan selanjutnya.
Permohonan
hanya boleh dibuat oleh pegawai/kakitangan wanita yang bertugas di
KSM/Jabatan di bawah KSM, yang telah menjadi ahli Puspanita (telah
mengisi dengan lengkap
Borang yang ditetapkan dan telah didaftarkan), iaitu -
(i) bagi mereka yang menjadi ahli sebelum 21 Oktober 2014, telah
menjelaskan segala yuran kemasukan serta yuran tahunan
sekurang-kurangnya untuk tempoh selama 2 tahun, atau
(ii) bagi mereka yang menjadi ahli selepas 21 Oktober 2014, telah
menghadiri sekurang-kurangnya 1 program di peringkat Puspanita
Kebangsaan dan 2 program di peringkat Puspanita Cawangan Kementerian
Sumber Manusia.
Sekian, Terima Kasih.