Thursday, April 17, 2014

DEMO KESIHATAN NANO5 PEMANIS PENGGANTI GULA




ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK BAGI PEPERIKSAAN STPM/ SPM/ PMR/ UPSR TAHUN 2013 PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM)

Salam tuan/puan,

Dengan hormatnya emel dari PUSPANITA Caw. NIOSH (Biro Pendidikan) pada 14 April 2014 mengenai perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) 2013 merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan bagi meraikan anak-anak PUSPANITA Cawangan KSM yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Anugerah ini di adakan bagi memberi semangat dan meningkatkan motivasi kepada anak-anak ahli untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi seiring dengan hasrat negara bagi melahirkan rakyat berpendidikan tinggi. 

3. Penerima anugerah ini adalah khusus kepada semua anak-anak ahli PUSPANITA Cawangan KSM yang memperolehi keputusan peperiksaan seperti berikut:-
            a) UPSR - Minimum 4A
            b) PMR - Minimum 6A
            c) SPM - Minimum 7A
            d) STPM - Minimum 3 Prinsipal B 

4. Sehubungan dengan itu, bagi ahli PUSPANITA Cawangan JPK/CIAST yang mempunyai anak-anak yang memperolehi keputusan seperti yang dinyatakan di atas dan memenuhi syarat pemilihan, adalah dialu-alukan untuk mengisi dan mengemukakan borang yang dilampirkan selewat-lewatnya 23 Mei 2014 kepada:  


Zaidah binti Rakon
Penolong Kanan Pengarah, Bahagian MOSQ,
Jabatan Pembangunan Kemahiran, 
Kementerian Sumber Manusia, 
Aras 7 & 8, Blok D4, Kompleks D, 
62530 Putrajaya.
Tel. : 03- 8886 2350      
Faks :  03- 8889 2430    
emel : zaidah@mohr.gov.my




Monday, April 14, 2014

Promosi Bengkel Manik Tambur Anjuran Biro Sosial PUSPANITA JPK






Salam Sejahtera kepada semua ahli PUSPANITA JPK dan CIAST,

Umum sedia maklum, bengkel jahitan manik tambur akan diadakan di Bilik Wawasan, JPK pada 25 April 2014, jam 9.00 pagi dengan yuran sebanyak RM30.00. Namun begitu, kos jahitan manik ini telah dikurangkan sebanyak RM15.00 yang mana jarum untuk menjahit dipinjamkan kepada peserta bengkel pada hari tersebut. Segala bayaran perlu dijelaskan semasa menghadiri bengkel ini.

Pada masa yang sama, tempahan baju perempuan (kurung, kebarung, moden dan pahang) turut diambil dengan kos seperti berikut:
a)   Baju Kurung: RM40
b)   Baju Kurung Moden: RM50
c)   Baju Kebarung: RM50
d)   Baju Pahang: RM50

Jangan lepas peluang untuk belajar manik ini yang juga dapat menambahkan pendapatan / sosio ekonomi puan kelak. Sijil turut disediakan. Sampel untuk jahitan manik tambur adalah seperti dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Khuzainey binti Ismail
AJK Biro Sosial, JPK


 
 
 
 


%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));