Thursday, June 27, 2013

Lawatan Mahabbah & Penyampaian Sumbangan kpd Warga Emas di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas Puchong Selangor





Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli PUSPANITA CIAST dengan petugas dan Warga Emas di Rumah ini di samping dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan warga Puspanita CIAST serta dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada Warga Emas bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang dan mereka akan merasa dihargai dan diingati apabila adanya program lawatan sebegini. Ianya juga dapat mendidik dan mendekatkan lagi ahli PUSPANITA CIAST dengan masyarakat luar di mana ianya berperanan dan dianggap sebagai memenuhi tanggungjawab sosial.


Tuesday, June 25, 2013

Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong



Lawatan ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong bersempena kedatangan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak akan dijalankan seperti butiran berikut :


Tempat : Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong
Tarikh : 27 Jun 2013 (Khamis)
Masa   : 8.30 pagi


Terhad kepada 20 ahli sahaja.

SUMBANGAN BERUPA WANG RINGGIT & SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN ADALAH SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN daripada semua warga CIAST.

Sumbangan barang seperti lampin pakai buang, ubat-ubatan, vitamin, susu, selimut tuala muka, stokin & keperluan harian berupa beras, gula, biskut, air minuman dan lain-lain perlu dihantar ke Bilik Gerakan Puspanita pada 25 dan 26 Jun 2013 pada pukul 3 ptg. 


Pegawai untuk dihubungi ialah Biro Kebajikan Puspanita CIAST iaitu Pn Hamimah bte Mamat (SPD) atau Pn. Sharida bte Mohd. Sharif (PPL).

Semoga kerjasama tuan/puan dalam menjayakan aktiviti murni mendapat keberkatan dan keredhaan Allah jua hendaknya. Sekian, terima kasih.




Tuesday, June 11, 2013

Bengkel Solekan Asas

Assalamualaikum rakan PUSPANITA CIAST.

BENGKEL SOLEKAN ASAS
HARI/TARIKH : 14 Jun 2013 (Jumaat)
MASA      : 3.00 - 5.00 petang
TEMPAT   : Bilik Gerakan PUSPANITA CIAST

Daftar la ni jugak !!!  Cepat ...cepat...hubungi:
Pn. Nor Azua Aripin (8349) / Pn. Suraya Ali (8221)

NOTA : Sila bawa peralatan mekap & cermin muka



%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));