Friday, April 26, 2013

Majlis Kuliah Agama Bulanan & Ceramah Wakaf Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis kuliah agama bulanan bagi bulan April akan diadakan  seperti butiran di bawah :
 
Tarikh       :      26 April 2013 (Jumaat)
Masa          :      09.00 pagi hingga 10.30 pagi (Kuliah Agama)
                          10.30 pagi hingga 11.00 pagi (Taklimat Wakaf)
Tempat      :     Auditorium CIAST
        
Tajuk Ceramah           :        ‘Kepimpinan Berintegriti’  
Penceramah                :        Ustaz Nik Bakri Nik Mat
                    
Kakitangan, pelajar dan peserta kursus CIAST dijemput menyertai dan mengambil manfaat daripada majlis ini.




Monday, April 22, 2013

Sekitar Kelas Masakan Cheese Tart, 19 April 2013













Terima kasih diucapkan kepada ahli PUSPANITA yang hadir memeriahkan sesi perkongsian ilmu masakan 'Cheese Tart' pada 19 April 2013 baru-baru ini. Tenaga pengajar - Pn. Sharina, terima kasih kerana tidak lokek berkongsi ilmu dan tak lupa kepada Pn. Hamidatul yang turut membantu menjayakan sesi ini..



Pesta Buku Antarabangsa 2013




Biro lawatan Puspanita akan mengadakan lawatan ilmiah ke Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC, Kuala Lumpur, pada 3 Mei 2013 (Jumaat) Jam 9 pagi hingga 2ptg. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pesta tersebut.

Kuala Lumpur International Book Fairs are the most premier event ever and the participated not only from the local publisher, they are from ASEAN Country and International Publisher as well which is based in Europe, United State, Australia, India and Middle East.


Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ministry of Education (Malaysia) in collaboration with 6 Industry association in this Country will be organizing International Book Fairs, the theme for this year is “Buku Menjana Kepintaran Kreatif”. This 32nd Kuala Lumpur International Book Fairs will be started from 26th April 2013 to 5th May 2013 at Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr. Ismail, Dewan Tun Razak 3, 4 and Legar Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
The gate will be open to the public on 26th April 2013, from 10.00am to 9.00pm. Admission is free. The opening ceremony of this Kuala Lumpur International Book Fairs will be held on 27th April 2013 (3.00pm) at Main Stage of Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.



Kepada ahli-ahli yang berminat, bolehlah memberikan nama mereka kepada Pn. Nor'Ayana binti Mokhtar 8348 (SPD) atau  Pn. Roslinda binti Daud 8284 (PPL) selewat-lewatnya pada 2 Mei 2013.



 

Wednesday, April 17, 2013

Kelas Masakan Cheese Tart

Warga Puspanita CIAST yang dikasihi.. 

Jom kita tambah skill memasak kita menerusi Kelas Masakan Cheese Tart yang akan diadakan pada Jumaat ini,  
19 April 2013, jam 3.00 petang.  

Bertempat di Bilik Gerakan Puspanita CIAST. 

 Chef  Wan Nor Asliza Wan Ismail (PPL) diundang khas untuk berkongsi kepakaran beliau dalam menyediakan juadah istimewa ini. 

Penyertaan adalah PERCUMA!!

Ahli Puspanita & warga CIAST yang berminat dijemput hadir.



Friday, April 12, 2013

Pemberian Insentif Pendidikan dan Ko-kurikulum Cemerlang Tahun 2012

Sukacita dimaklumkan Pemberian Insentif Pendidikan dan Ko-kurikulum Cemerlang Tahun 2012 telah dibuka permohonannya sebagaimana yang dinyatakan di http://puspanita.selangor.gov.my/?q=node/2418#attachments
Insentif ini khas buat anak-anak Ahli Puspanita yang keputusan peperiksaan 2012 seperti diberikut:

> UPSR = 5A
> PMR = 7A
> STPM = 4P (A)
> STAM = Jayyid Jiddan

Di samping itu, syarat-syarat tambahan (wajib) adalah:

a) Permohonan terbuka kepada semua ahli PUSPANITA di Jabatan Negeri/Persekutuan Negeri Selangor yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas.
b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan PUSPANITA.
c) Pengesahan salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Jabatan Pemohon.
d) Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Ketua Jabatan di Jabatan Pemohon.
e) Ahli yang telah bersara/berpencen, borang permohonan dan salinan dokumen hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Prosesional/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.


Ahli yang memenuhi syarat-syarat boleh lengkapkan borang  dan serahkan kepada Pn. Antasya Mohd Arif, PPL selewat-lewatnya pada 28 Mei 2013 (Selasa).  


Tuesday, April 9, 2013

Kutipan Yuran Bulanan Puspanita

Kepada semua ahli Puspanita CIAST..

Bayaran yuran bulanan Puspanita CIAST iaitu sebanyak RM3 sebulan boleh diserahkan kepada Pn.  Razlina Banu selaku Bendahari atau Pn. Norhaslina selaku Penolong Bendahari. Bayaran juga boleh diserahkan kepada wakil-wakil  program seperti berikut bagi memudahkan lagi proses pembayaran. Harap maklum.

  


Jana Ekonomi Bersama Puspanita :)

Ahli Puspanita yang ada menjalankan perniagaan sama ada secara kecil-kecilan hinggalah ke tahap yang orang kata dah establish, anda dipelawa untuk mempromosikan produk jualan anda di page ini.  Promosi ini berlangsung secara percuma.. tiada bayaran dikenakan :)

Mari!!! Mari!!! Mari!!!

Bagaimana caranya???
Hubungi Biro Publisiti, Pn. Roslin di talian 03-55438234 atau emelkan terus ke dreamchaser.ms@gmail.com butiran produk jualan anda seperti : Nama produk, spesifikasi produk, harga jualan dan sertakan sekali gambar-gambar menarik produk tersebut. 

Jika anda ada blogshop atau website sendiri  yang menyediakan maklumat produk jualan anda lagi cantik jika ianya dikongsikan di siniSebagai simbol galakan kepada ahli Puspanita dalam menjana ekonomi keluarga, suka kami kongsikan beberapa blogshop ahli Puspanita yang mungkin dapat menyediakan pilihan menarik produk impian/keperluan anda :)





Produk Kesihatan Shaklee by Antasya.Helmi


Hijab Box


Anida Collection


Cantiknyeawak.blogspot.com


Hasna Home Made Cookies


Ya Hanana Butik Muslimah Anggun


chicmuslimah-attire.blogspot.com

Kek Lapis & Kek Kukus by Antasya.Helmi

Kek Lapis Sarawak by Unmistakeable Memories



Hat Yai Trip 2013!!


Panggilan akhir ke HAT YAI, JUMAAT hari akhir untuk permohonan dan bayaran.  JOM kita ke sana!!  
Sambil memberi & menerima rahmat petunjuk ALLAH tanpa kita sedari InsyaaAllah   
Boleh juga dipelawa sanak saudara dan jiran tetangga yang berminat. 
RM260 (ahli PUSPANITA), RM280 (bukan ahli) dan kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun RM180 seorang.

Maklumat lanjut sila hubungi : 
Pn. Siti Fatimah Zakaria 03-55438279  sfatimahz@ciast.gov.my 
Pn. Wan Nor Asliza Wan Ismail 03-55438355 wnorasliza@ciast.gov.my


Perkongsian Hadith Minggu Ini :)

Mereda Marah Dengan Baca Ta'awwuz



Maksud Hadith: 



Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Riwayat: Bukhari dan Muslim



Huraian Hadith: 

  1. Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)
  2. Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.
  3. Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.
  4. Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).
%20%22position%3Aabsolute%3Btop%3A30px%3Bleft%3A0px%3Bborder%3A0px%3Bz-index%3A50%3B%22%3B%3C%2Fscript%3E"));